7 TIPS UNTUK KE PULAU REDANG

1) Sunscreen

Pemakaian sunscreen ialah penting kerana ia dapat melindung wajah daripada sinaran uv kerana cuaca di Pulau biasanya sangat terik. Selain itu, ia juga dapat melindung wajah daripada ‘burn’ akibat daripada pendedahan kepada cahaya matahari yang lama.

 

2) Beg kalis air

Beg kalis air berperanan sebagai melindung barangan peribadi berharga seperti telefon bimbit, kamera atau duit. Sarung telefon kalis air untuk telefon bimbit boleh digunakan untuk menangkap gambar atau video didalam laut.

71ADVuvlapL._AC_SL1200_

3) Air mineral

Cuaca di pulau adalah sangat panas dan kering. Jadi, air mineral sangat penting untuk kekal hidrasi dan bertenaga. Jika haus apabila terlalu banyak terminum air masin, bolehlah minum air mineral yang anda bawa sendiri.

4) Tepati masa

Jika anda menaiki feri untuk ke pulau Redang, anda mestilah tepati jadual perjalanan feri dengan sampai lebih awal di jeti. Jika anda terlambat, anda perlu menunggu untuk trip seterusnya.

5) Cuaca

Anda hendaklah memilih waktu yang sesuai kerana pada akhir tahun pulau akan ditutup kerana ombak besar atau proses pemulihan dan pemeliharaan. Jadi, waktu yang sesuai untuk ke pulau adalah pada awal tahun bermula akhir bulan Februari hingga bulan Oktober.

 

6) Menaiki bas

Bagi pelancong yang menaiki bas untuk ke Pulau Redang adalah lebih baik jika anda mengambil bas malam dan sampai di jeti pada waktu pagi.

7) Alatan snorkeling

Alatan snorkelling hendaklah dijaga dengan baik supaya tidak hilang dan rosak. Jika didapati hilang atau rosak, anda hendaklah membayar ganti rugi kepada pihak resort atau dive centre.

ARTIKEL-ARTIKEL MENARIK

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial