Masih wujud golongan Melayu yang percaya membelah mulut perlu dibuat menggunakan cincin emas yang direndam air zamzam, potongan asam keeping dan sebagainya. Sebenarnya upacara “belah mulut” ini adalah adat yang berasal dari kaum Hindu agar mendatangkan kepetahan, kebijaksaan dan kebaikan kepada bayi.
Dalam Islam, Sunnah Rasulullah SAW hanyalah dengan mentahnikkan bayi tersebut dengan buah kurma. Jika tiada tamar (kurma biasa/kering), bolehlah menggunakan kurma masak ranum/basah).
Ada ulama yang berpendapat jika ketiadaan kurma, anda boleh bertahnik menggunakan manisan lain seperti madu. Namun, sebenarnya madu adalah bahaya untuk bayi di bawah 12 bulan. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) merupakan salah satu kumpulan perubatan yang bersetuju bahawa madu tidak sepatutnya diberikan kepada bayi di bawah 12 bulan.
Proses tahnik atau “belah mulut” itu sebenarnya merupakan salah satu Sunnah Rasulullah dengan memberikan secalit kurma yang telah dikunyah atau dihancurkan kepada bayi, bukan madu atau manisan lain seperti yang ramai orang sangka.
Bukan nak kata menggunakan madu itu jatuh hukum haram, tetapi jika ia mendatangkan mudarat lebih baik dielakkan. Lagipun kita nka ikut Sunnah bukan? Oleh itu lebih baik menggunakan kurma. Lagipun sekarang sudah senang nak cari buah kurma di mana-mana kedai dan pasaraya, ia dijual sepanjang tahun.