Inginkan percutian yang sempurna bersama yang tersayang? Bali adalah jawapan yang anda cari. Pulau cinta ini menawarkan banyak tarikan menarik, yang terdiri daripada pantai-pantai yang indah, kuil-kuil kuno dengan seni bina yang begitu istimewa dan unik. Bukan itu sahaja, hampir kesemua destinasi di Bali ini menyajikan pemandangan yang memukau jiwa sehinggakan ia dianggap sebagai syurga dunia.
Syoknyatravel kali ini akan menyenaraikan 6 lokasi yang boleh anda pergi di Bali Indonesia.
1. Garuda Wisnu Kencana (GWK)
Garuda Wisnu Kencana atau singkatannya ‘GWK’ merupakan taman pelancongan kebudayaan yang terletak di bahagian selatan Bali. Garuda Wisnu merupakan sebuah patung besar karya Nyoman Nuarta yang tidak siap dibina sepenuhnya, walaupun begitu ia mempunyai sejarah tersendiri yang menarik untuk diketahui.
2. Monkey Forest
Mahu cuba pengalaman bermain dengan monyet, anda boleh cuba datang ke Monkey Forest yang terletak di Ubud, Bali. Monkey Forest merupakan sebuah hutan yang dihuni ribuan monyet liar. Monyet-monyet di sini agak istimewa kerana dianggap ‘keramat’ oleh penduduk setempat.
Apa yang anda perlu tahu, monyet-monyet di sini sangat sukakan makanan. Mereka akan berusaha sehabis mungkin untuk mengambil apa sahaja makanan yang anda bawa.
3. Pantai Kuta
Pantai Kuta merupakan tempat tarikan pelancongan yang sangat popular di Bali. Tidak sah rasanya jika tidak berkunjung ke sini. Keindahan Pantai Kuta menjadi buruan setiap pelancong yang datang, dan segi kos perbelanjaan pula sangat murah.
4. Pantai Jimbaran
Kali pertama anda sampai ke sini, apa yang anda bakal lihat adalah deretan kerusi dan meja makan di kawasan pasir pantai. Pantai Jimbaran sememangnya sangat terkenal dengan hidangan makanan yang sedap-sedap terutama makanan laut.
5. Danau Batur Kintamani
Danau Batur Kintamani merupakan permata berharga yang dimiliki Bali, jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati keindahan permandangan di Danau Batur Kintamani ini.
Terletak di gunung ke 2 tertinggi di Bali, Danau Batur Kintamani bersuhu sejuk dengan menyajikan permandangan yang paling cantik di Bali.
6. Arung Jeram Sungai Ayung
Puas bermain air masin, anda juga boleh menikmati hidangan air tawar dengan mandi-manda di Air Terjun di Arung Jeram Sungai Ayung di Bali. Kerjenihan air dan udara di sini sangatlah nyaman.
Jika anda berminat dengan aktiviti lasak, anda juga boleh cuba mendaki atau cuba permainan air yang telah disediakan di sini.
Sekiranya anda berminat melancong ke Bali, kami di Syoknya Travel Sdn Bhd menyediakan peluang untuk anda merealisasikan impian anda. Kami disini menjamin akan memberi khidmat kami adalah yang terbaik untuk anda. Mari kita mengembara sambil mencipta pengalaman berharga!!
Bagi yang berminat boleh menghubungi kami di 019-449 1170 (En. Hilmi)