Bagi mereka yang ingin bercuti di dalam Malaysia, dan gemarkan percutian yang mendekatkan diri kepada alam flora dan fauna. Kota Kinabalu, Kundasang Sabah adalah pilihan yang tepat.
Negeri bawah bayu ini mempunyai tempat-tempat yang sangat menarik yang boleh anda kunjungi.
1. Desa cattle Dairy Farm
Sememangnya Desa Cattle Dairy Farm merupakan pusat pelancongan utama di Kundasang Ranau, Sabah. Lokasi tempat ini adalah lebih kurang 6 km dari Pekan Kundasang dengan melalui Jalan Cinta Mata Mesilou. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini termasuklah melihat bagaimana pemprosesan susu lembu, memberi makanan kepada anak lembu dan kambing, melihat proses pemerahan susu lembu dan sebagainya. Anda juga boleh membeli susu lembu segar dan makan makanan atau produk berasaskan susu lembu di tempat ini. Selain itu, kawasan persekitaran yang mempersona dengan udara yang segar, nyaman dan sejuk menjadikan kawasan ini menjadi daya tarikan utama di Kundasang. Yuran masuk diperlukan bagi pelawat di pintu masuk utama. Biasanya, tempat ini amat sesak terutamanya pada waktu cuti sekolah
2. Ladang Teh Sabah
Bukan hanya di Cameron Highland, di Sabah juga ada ladang teh yang membolehkan anda melihat sendiri bagaimana reka bentuk ladang teh disana. Bukan itu sahaja, terdapat juga aktiviti lain yang boleh dilakukan seperti jungle trekking.
3. Gerai Sayur Tepi Jalan Kundasang
Gerai sayur yang terletak di tepi jalan Pekan Kundasang sememangnya terkenal dengan sayur-sayuran yang cukup segar. Juga terdapat buah-buahan seperti strawberi dan buah markisah serta keropok yang dijual di sini. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan.
Bagi mereka yang menginap di homestay di sekitar Kundasang, bagaimana kalau anda mendapatkan sayur-sayuran ini dan memasaknya sendiri di homestay ?
Pasti perbelanjaan anda akan dapat dijimatkan berbanding dengan makan di restoran berhampiran. Atau anda boleh juga membeli sayur di hari terakhir anda berada di tempat menarik ini dan membawanya sebagai buah tangan untuk rakan atau ahli keluarga anda.
4. Kinabalu National Park, Kundasang
Kinabalu National Park dilengkapi dengan penginapan, trekking untuk aktiviti sukan atau bersiar-siar, pintu utama ke puncak Gunung Kinabalu, restoran, pusat maklumat dan sebagainya.
Kinabalu National Park dikategorikan sebagai tempat yang menarik disebabkan banyak aktiviti yang anda boleh lakukan disini. Antaranya ialah bersantai di pondok-pondok yang telah disediakan, berjalan kaki ke kawasan air terjun, jungle trekking, melihat atau mengunjungi pusat maklumat taman kinabalu dan sebagainya.
Tempat ini merupakan tempat yang menjadi tumpuan ramai pelancong terutamanya pada musim cuti. Tidak hairanlah jika tempat ini sentiasa sesak dan dikunjungi oleh orang ramai dari dalam dan luar negara. Anda wajib mengunjungi tempat ini jika berada di Kundasang kerana ianya merupakan salah satu pusat tarikan utama di Daerah Ranau khasnya.
Lokasi Taman Kinabalu adalah terletak di perantaraan jalan Tamparuli-Ranau. Ianya mengambil masa lebih kurang 11 minit pemanduan dengan jarak kira-kira 7 km dari Pekan Kundasang.
5. Strawberry Dan Rose Garden Kundasang
Jika anda berada di di Pekan Kundasang, selain dari War Memorial Park, Strawberry dan Rose Garden juga merupakan taman yang menarik untuk dilawati. Kawasan ini betul-betul berhadapan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Kundasang, Ranau.
Kawasan kebun strawberi dan bunga di sini agak luas. Anda boleh melihat bagaimana kaedah penanaman strawberi dan melihat buah strawberi yang sedang masak ranum.
Pelbagai jenis bunga ros juga ditanam di sini. Terdapat juga bunga-bunga lain seperti bunga matahari, kaktus,lily dan sebagainya.
Jangan lepaskan peluang anda untuk mengunjungi tempat ini dan bawalah kamera anda bersama-sama. Disini, anda juga boleh mendapatkan buah strawberi yang segar, anak pokok bunga dengan harga yang sangat berpatutan.
6. Kinabalu Pine Resort,kundasang
Kinabalu Pine Resort dinamakan sempena dengan pokok pine yang tumbuh di sekeliling atau di sekitar kawasan penginapan ini. Tempat ini semakin popular dan menjadi pilihan ramai pengunjung disebabkan balkoninya yang betul-betul berhadapan dengan pemandangan Gunung Kinabalu.
Suasana di tempat ini juga dijaga dengan rapi, dimana bunga-bungaan yang sesuai ditanam dan suda pasti udaranya juga sejuk dan nyaman. Anda tidak perlu risau dengan rasa sejuk untuk mandi kerana alat pemanas telah disediakan.
Bagaimana pula dengan makanan ? Kinabalu Pine Resort juga tersedia dengan restoran, jika anda keletihan untuk memandu ke restoran di sekitar Pekan Kundasang, bagaimana jika anda berjalan kaki untuk mencuba menu di restoran Kinabalu Pine Resort pula ?.
Lokasi tempat penginapan menarik ini sangat mudah untuk dikesan, ianya lebih kurang 1km sahaja dari Pekan Kundasang menuju ke Pekan Ranau. Jika anda tidak bercadang untuk menginap di tempat ini, anda boleh sahaja berjalan-jalan, menikmati udara segar dan mengambil gambar kenangan.
7. Kundasang Mount Valley Recreation
Mount Valley Recreation merupakan tempat ataupun pusat rekreasi yang masih baru lagi dan belum dikenali ramai.
Jika anda berada di Pekan Kundasang menuju ke Taman Kinabalu atau Kinabalu National Park, tempat menarik ini adalah lebih kurang 500 meter sebelum sampai ke simpang masuk ke Kinabalu National Park.
Amat mudah untuk mengenali tempat ini, anda hanya berpandukan tayar berwarna-warni di lereng bukit yang boleh dilihat dari jalan utama.
Aktiviti utama adalah sukan “flying fox”. Pasti aktiviti ini amat diminati terutamanya bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak. Nikmatilah pemandangan sekeliling semasa anda sedang beraksi dengan “flying fox”.
Buat masa ini, bayaran yang dikenakan adalah RM 25 seorang. Walaubagaimanapun, aktiviti ini tidak akan dijalankan jika dalam keadaan cuaca yang kurang baik seperti hujan, guruh dan berangin bagi mengutamakan keselamatan pelawat.
WAH! Seronoknya.
Jom melancong ke Kundasang Sabah bersama pakej-pakej yang disediakan oleh syoknyatravel
Syoknya Travel Sdn Bhd menyediakan peluang untuk anda merealisasikan impian anda. Kami disini menjamin akan memberi khidmat kami adalah yang terbaik untuk anda. Mari kita mengembara sambil mencipta pengalaman berharga!!
Bagi yang berminat boleh menghubungi kami di 019-449 1170 (En. Hilmi)
0