Medan, meskipun tidak bergitu terkenal dalam masyarakat dunia, ia menawarkan kecantikan tropikal yang tidak ada tolok bandingannya di mana ia menawarkan kepelbagaian flora dan fauna. Sesiapa sahaja yang datang ke sini akan dapat menikmati keindahan semulajadi dan bebas daripada aktiviti luar.
Berikut merupakan 6 sebab, Medan mesti menjadi pilihan anda!
- Tasik Toba
Berastagi merupakan lokasi percutian hujung minggu kegemaran masyarakat Medan. Di Berastagi terdapat banyak bekalan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar dan tidak pernah kesudahan. Selain itu, menampilkan keindahan dua gunung berkembar. Jika anda sukakan cabaran lasak seperti mendaki gunung, gunung berkembar ini merupakan pilihan yang tepat untuk dikunjungi di Medan.
2. Air Terjun Sipisopiso
Merupakan air terjun tertinggi di Indonesia, Jadi jika anda bertandang ke sini anda akan berpeluang merasa kesegaran berada di bawah air terjun ini dan jika anda berpeluang, anda akan dapat melihat pelangi di bahagian bawah air terjun ini.
3. Air Terjun Sibolangit
Air Terjun Sibolangit mempunyai keunikkan yang tersendiri dimana mempunyai dua warna yang cukup cantik dan menarik seperti kolam kristal sejuk yang berwarna biru.
Ini pastinya destinasi yang wajib pergi dan tidak boleh dilepaskan.
4. Tinggi Raja
Ini adalah tempat menarik di Medan yang sungguh unik. Tinggi Raja merupakan rahsia yang tersimpan dengan amat baik di Sumatera Utara. Tinggi Raja merupakan mata air panas semulajadi yang telah mengeras membentuk salji suam yang diperbuat daripada kalsium karbonat.
5. Danau Linting
Danau Linting adalah salah satu tempat menarik di Medan dan merupakan tasik hijau semulajadi. Tempat ini menjadi lokasi yang terbaik untuk beristirehat di waktu petang.
Sekiranya anda berminat untuk trip ke Medan, Indonesia ini boleh hubungi Encik Hilmi 0194491170
0