- PENGHARGAAN – BUNGA PALING BAIK
Beli bunga hidup tau, bukan plastic. Tapi ini bunga bukan sebarang bunga. Romantik la sikit. Walaupun akhirnya ada sedikit kerugian sebab bunga akan kering , layu dan mati . Kalau dah selalu bagi sejambak bunga depan mata, kali ni time dia merajuk , ubah sikit skill bagi bunga, cabut kelopak-kelopak bunga tu dan tabur di bawah cadar atau masukkan dalam sarung bantal. In sya Allah , reda dan sejuk la hendaknya rajuk si isteri tu.
- SENTUHAN, PUJIAN , UCAPAN DAN JANJI
Sentuh-sentuhan ni bukan bermaksud sentuhan “itu” sahaja. Pegang erat tangan , bisik di telinga . Ingatkan dia Tuhan, zikir dan solawatkan. Ucapkan dia sayangmu. Ucapan luhur dari hatimu. Singkirkan saja dalam longkang akan ego yang melampau itu. Geletek , urut kaki , picit hidung dia, tidur atas ribanya. Tak cukup lagi dengan ucapan bibir,tulis lah kad atau nota.
- MENGALAH ITU PERIT , TAPI BERBALOI UNTUK ORANG YANG DISAYANGI
Tak luntur kejantanan pun jika dahulukan kemaafan. Tulis maaf , luahkan kata cinta , cinta tak bersyarat , cinta sepenuh-penuh hati , janji dengan dia kesetiaan , janjikan dia tidak akan pernah buat dia menangis lagi, Jika kamu ingkar , kamu kena bertaubat!
- POHON RESTU TUHAN , BACK TO BASIC
Tak sempurna rumah tanggamu jika tiada pertolongan Tuhan. Selepas geletek , ajak lah solat berjemaah. Kalau tak solat fardhu , solat sunat boleh saja. Minta sungguh-sungguh petunjuk Allah. Yang Maha membolak balikkan hati . Yang Menyemarakkan rasa cinta itu. Yang Menghantar rasa kasih dan rindu. Bentengkan diri dari gangguan syaitan durjana. Amalkan doa-doa pelembut hati , penenang jiwa.
- RINGAN TULANG
Tugas isteri sebenar hanya perlu mempersiapkan diri untuk suami. Basuh berak anak , masak , cuci pinggan , basuh, jemur, lipat dan susun pakaian , kemas rumah segala tu tugas suami yang asal. Sebab itulah , dalam Islam , jika isteri yang buat kerja , isteri layak minta upah. Upah lain , nafkah lain ye. Kau rasa gaji pembantu rumah sekarang berapa? Kau mampu ke nak bagi isteri lebih dari upah pembantu rumah? Kau penat , isteri pun penat. Kalau begitu , bertolak ansur saja la , lapang dada , kalau dia membebel sikit-sikit tu , layankan saja. Pasang telinga sambil baca surat khabar. Jom rajin-rajinkan diri basuh pinggan , kerap-kerapkan diri basuh berak anak , basuh baju , sapu sampah segala. Ni tugas suami!
- BERBULAN MADU
Perbaharui bulan madu. Kalau ada anak , minta tolong saudara mara yang rapat dan dipercayai untuk menjaganya. Ye, luangkanlah masa berdua, ambil cuti, pergi la keluar melihat alam yang membiru dan menghijau ini. Kembalikan semangat cinta yang mungkin pudar itu. Pilih saja tempat berbulan madu mengikut kemampuanmu. Tak semestinya tempat mewah-mewah dan eksklusif. Mungkin boleh saja bercamping dekat air terjun. Bahagia itu kan , kita yang pilih.
Tunggu apa lagi…
Nak berhoneymoon tapi mahal?
tak jumpa pakej yang berkenan?
Tak jumpa syarikat yang boleh dipercayai?
Mari kami selesaikan masalah anda. Kami di Syoknya Travel Sdn Bhd menawarkan anda peluang bercuti yang menjimatkan. Pasti berpuas hati.
jika anda berminat boleh menghubungi kami di 019-4491170 (En. Hilmi)
ATAU
melayari Facebook kami di page “pakej dari johor bahru ke universal studios singapore”.
“Kembara Mencipta Pengalaman Bernilai”