6) Shopping di Langkawi
Langkawi juga terkenal sebagai Pulau Bebas Cukai. Pelbagai barangan di sini bebas cukai dan lebih murah dari tanah besar. Antara barangan yang selalu dibeli adalah set pinggan mangkuk, coklat, kain batik/pelikat, minyak gamat dan rokok. Kedai bebas cukai terdapat di Pekan Kuah. Kedai yang biasa menjadi tumpuan adalah Haji Ismail Group, RAMS, Idaman Suri.