Malaysia menganjurkan trend percutian lebih lama atau slow travel sebagai trend perjalanan utama pada tahun 2020, ia meningkat 20 peratus berbanding tahun sebelumnya. Trend slow travel menekankan pengalaman berbanding destinasi. Ia adalah tentang bersantai dan mengambil masa lebih lama untuk percutian.
Menurut Skyscanner, peratusan tertinggi pelancong Asia yang meminati slow travel pada tahun 2020 adalah Korea Selatan (31%), Hong Kong (29%), Taiwan (28%) dan Jepun (27%). Ia juga menunjukkan peningkatan minat global ke destinasi di Asia berbanding Eropah pada 2020 dengan lebih 75 peratus destinasi pilihan di rantau ini. Syarikat Amadeus juga menyatakan bahawa pertumbuhan tertinggi dalam carian dalam talian untuk pelancongan ke Malaysia adalah Korea, Indonesia, China, Thailand dan Singapura.
Oleh itu, kerajaan menggalakkan pengusaha industri pelancongan seperti penginapan homestay, hotel, resort dan lain-lain menawarkan harga yang berpatutan kepada pelancong, serta melakukan pembaharuan dalam tempat penginapan pengusaha agar dapat menarik minat mereka untuk tinggal lebih lama sekaligus dapat mempelajari budaya unik yang terdapat di Malaysia ini.
Disini kami senaraikan beberapa cara untuk pengusaha syarikat pelancongan lakukan dengan mengikuti trend 2020 ini agar boleh membantu menarik para pelancong untuk melancong lebih lama lagi di Malaysia, sekaligus membantu meningkatkan ekonomi negara.