HUKUM DAN PANDUAN MELAKSANAKAN IBADAH AQIQAH DAN QURBAN SECARA ONLINE

Zaman sekarang ini segalanya semakin mudah dan cepat. Semakin banyak perkara boleh dilakukan hanya dihujung jari. Jelaslah bahawa internet merupakan satu teknologi yang semakin penting dan memudahkan urusan setiap orang.
Bagi umat Islam, kemajuan komunikasi ini boleh digunakan bagi memudahkan urusan dan ibadah. Antara perkhidmatan yang semakin mendapat sambutan adalah melakukan ibadah Qurban dan Aqiqah keluar negara secara online.
Namun masih ada yang tertanya-tanya akan hukum dan cara bagaimana ibadah ini boleh dilakukan secara online. Semoga jawapan berikut dapat memberi penjelasan yang diinginkan.

1. Hukum ibadah Aqiqah dilaksanakan secara online

 

Setiap ibadah termasuklah ibadah Qurban dan Aqiqah ini, yang paling utama adalah niat. Setelah itu barulah melakukannya mengikut syariat yang ditetapkan. Namun, apabila ibadah Qurban dan Aqiqah ini tidak dapat dilakukan didepan mata, maka niat dan tanggungjawab tugasan tersebut boleh diserahkan kepada wakil iaitu melalui akad taukil.


Namun paling penting, pastikan wakil (pihak orang yang menerima perwakilan) merupakan orang yang dipercayai dan mampu melaksanakan ibadah yang dimaksudkan (iaitu ibadah Qurban dan Aqiqah) atau mampu menguruskannya mengikut syariat.

Walaupun telah menyerahkan perlaksaan ibadah qurban dan aqiqah kepada orang lain, namun disunatkan kepada muwakkil (orang yang menyerahkan) untuk turut hadir menyaksikan penyembelihan korbannya dilakukan.

 

Ini sebagaimana sabda Nabi SAW kepada Fatimah RA; “Pergilah kepada binatang qurban kamu dan saksikanlah dia kerana sesungguhnya dengan titisan pertama darah yang jatuh darinya akan menyebabkan diampunkan untukmu segala dosa kamu yang lalu” (Mustadrak al-Hakim; 7525, dari Abu Sa’id al-Khudri RA).

 

Jika si penyerah itu tadi dapat hadir sama, hendaklah dia berniat qurban ketika melihat binatang korbannya disembelih. Boleh juga jika dia menyerahkan niat kepada penyembelih. Disunatkan juga ketika melihat binatang korbannya disembelih, ia membaca;
“Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku semuanya untuk Allah Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagiNya, dengan yang demikian itulah aku diperintahkan, dan aku adalah dari kalangan orang-orang yang berserah diri kepada Allah” (Mustadrak al-Hakim; 7524, dari ‘Imran bin Hushain RA).


Namun jika ia tidak dapat hadir sama, maka akad taukil (akad penyerahan) tadi sudah memadai sebagai niat qurban bagi dirinya. Orang yang melaksanakan penyembelihan qurban bagi pihak orang lain hendaklahd ia berniat qurban bagi pihak mereka.

 

 

2. Penjelasan Lanjut Tentang Akad Taukil


Sebarang akad taukil (akad penyerahan) tidak sah melainkan dengan ‘sighah’ yang jelas. Maksud ‘sighah’ ialah pernyataan secara zahir dari kedua pihak yang berakad sebagai tanda kerelaan mereka untuk melakukan akad. Ia meliputi ijab (iaitu pernyataan untuk berakad dari pihak yang memulakan akad) dan qabul (iaitu penerimaan/persetujuan dari pihak kedua).


Sighah (pernyataan) ini boleh berupa percakapan, tulisan, bahasa isyarat yang difahami, atau dengan perbuatan/tindakan (seperti satu pihak memberi dan satu pihak lagi mengambil). Secara ringkasnya dapat kita katakan bahawa berakad melalui sms, email, borang dan seumpamanya termasuk dalam hukum akad melalui tulisan.


Para ulama mengharuskannya dengan syarat tulisan itu jelas (tidak samar-samar), tulisan tersebut datangnya dari pihak berakad dan bertujuan akad. Selain itu, kedua pihak yang berakad hendaklah orang yang sah untuk berakad, iaitu telah baligh dan berakal (waras).

 

 

 

3. Cara Melakukan Akad Taukil


Melakukan akad taukil (akad penyerahan) dengan bahasa yang jelas, seperti berkata kepada wakil tadi.
Sebagai contoh, “Ini duit RM500, belikan untukku binatang qurban dan laksanakan qurban bagi pihakku”. Jika taukil (penyerahan) turut membabitkan pengagihan daging qurban, nyatakan sekali dalam akad tauqil tadi, “…. dan mengagihkannya bagi pihakku kepada mereka yang berhak/layak menerimanya”.


Dengan mengisi borang bersama penyerahan wang (tunai/transaksi/resit) sudah memadai sebagai bukti taukil (penyerahan).
Kemudian hendaklah wakil menerima taukil (penyerahan) tadi dengan lafaz darinya, seperti ia berkata; “aku terima” atau dengan perbuatan (menerima wang dan borang tersebut tanpa perlu berkata apa-apa).

 

Maka jelaslah bahawa ibadah Qurban dan Aqiqah boleh dilakukan tanpa perlu kita berada didepan mata untuk melihat binatang sembelihan tersebut disembelih serta diagihkan.


Maka melalui kelonggaran ini, kita punya peluang yang lebih luas untuk melakukan ibadah ini di mana-mana sahaja lokasi di seluruh dunia yang kita inginkan dan untuk mereka yang lebih memerlukan. Oleh itu perkhidmatan ibadah Qurban dan Aqiqah secara online menjadi pilihan terbaik, mengikut syariah, mudah dan fleksibel mengikut kemahuan anda.

Anda berniat untuk melaksanakan ibadah aqiqah untuk insan yang tersayang? Kami disini menjamin akan memberi  khidmat yang terbaik untuk anda.

Hubungi  019-4491170 (Hj.Hilmi) untuk pertanyaan lanjut berkenaan pelaksanaan aqiqah ini.

Artikel menarik yang lain

Ilmiah
syoknyat-admin

Perkara Harus Anda Tahu Tentang Aqiqah Untuk Bayi Anda

Perkara Harus Anda Tahu Tentang Aqiqah Untuk Bayi Anda Aqiqah adalah sunnah yang harus dilakukan setelah lahir anak anda dengan mengorbankan haiwan. Ini adalah salah satu sunnah yang wajib dilakukan setelah kelahiran anak. Dengan kata lain, aqiqah seperti sedekah yang kamu berikan.   Sebagaimana hadis dari

Baca lagi »
Ilmiah
syoknyat-admin

APAKAH PROSEDUR & KETETAPAN AQIQAH?

Apakah Prosedur dan Ketetapan Aqiqah? Saya perlu mengetahui prosedur aqiqah. Ibu bapa saya melakukan aqiqah untuk anak saya pada hari ketujuh kelahirannya. Tetapi kekeliruannya ialah kami belum menamakan anak kami. Jadi, saya tertanya-tanya apakah aqiqah ini sah menurut sunnah. Tidakkah kita harus menyebut nama anak (dan

Baca lagi »
Ilmiah
syoknyat-admin

BUAT PINJAMAN UNTUK LAKSANAKAN IBADAH QURBAN?

Membuat Pinjaman Untuk laksanakan Ibadah Qurban Adakah wajib mengambil pinjaman untuk membuat ibadah qurban? Segala puji bagi Allah.   Oleh kerana ibadah qurban ini hukumnya adalah sunnah muakad, jadi tidak perlu mengambil pinjaman untuk membeli binatang qurban, kerana tidak wajib bagi orang yang tidak kaya, menurut

Baca lagi »
Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial