KENALI IBADAH AQIQAH

1. Apakah itu Aqiqah?

 

 ‘Aqeeqah’ atau ‘Aqiqah’ dalam Bahasa Arab ialah bermaksud penyembelihan haiwan ternakan yang dilakukan untuk anak yang baru lahir sebagai tanda bersyukur kepada Allah. Perkataan aqiqah dari kata al-Iqqah bererti rambut makhluk yang baru dilahirkan, baik manusia atau binatang. Aqiqah afdhal dilakukan dalam tempoh seminggu selepas kelahiran, iaitu hari ke-7 selepas kelahiran bayi.

 

Hukum aqiqah menurut pendapat yang paling kuat ialah sunat muakkad. Aqiqah boleh dilakukan serentak di atas bahagian yang sama dengan korban. Pada hari aqiqah disunatkan anak yang baru lahir diberi nama yang baik dan dicukur rambutnya serta bersedekah seberat timbangan rambutnya (bagi yang mampu).

 

Sebagaimana sabda Nabi s.a.w kepada Fatimah ketika mengaqiqahkan Hasan: “Hai Fatimah! cukurlah rambutnya dan bersedekahlah dengan perak kepada orang-orang miskin seberat timbangan (rambutnya). Mereka berdua lalu menimbangnya, adalah timbangannya waktu itu seberat satu dirham atau sebahagian dirham”.

 

 

2. Bilangan haiwan yang perlu diaqiqahkan dan masa aqiqah

 

Syarat yang afdhal untuk anak lelaki ialah dua ekor kambing, manakala bagi anak perempuan satu ekor. Hadith dari Ummu Khazr al-Ka’biyah berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda, Maksudnya: “Untuk anak lelaki dua ekor kambing yang mirip (sebaya dan seumur), dan untuk anak perempuan satu ekor”. Menurut hadis riwayat Aisyah yang maksudnya: “Rasullulah SAW memerintahkan kepada kami supaya menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dengan dua ekor kambing dan untuk perempuan seekor.”


Haiwan untuk perlaksanaan ibadah aqiqah perlu memenuhi syarat-syarat yang serupa dengan haiwan-haiwan untuk ibadah korban.

a) Kibas – Satu tahun atau telah gugur gigi hadapannya sesudah ia berumur enam bulan

b) Biri-biri, domba dan kambing – Satu tahun atau telah gugur gigi hadapannya

c) Lembu dan kerbau – melebihi dua tahun apabila gugur gigi susu / hadapannya

d) Unta – melebihi lima tahun


Haiwan-haiwan ini hendaklah terdiri daripada haiwan ternak dalam keadaan cukup syarat; sampai umur, tidak cacat, tidak buta, tidak bunting, tidak terlalu kurus dan milik mutlak.

 

Aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki ini bukanlah merupakan suatu kemestian, kerana Rasulullah SAW telah membuat aqiqah untuk cucu Baginda SAW Saidina Hasan dan Husin RA, masing-masing seekor kibas.

 

Haiwan aqiqah seperti lembu, kerbau dan unta boleh dikongsi sehingga 7 bahagian bersamaan 7 ekor kambing.

Imam Malik, Asy Syafi’e, Ahmad dan jumhur ulama berpendapat, aqiqah adalah sah dengan penyembelihan haiwan empat kaki seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri (sama seperti ibadah korban). Juga dibolehkan seekor unta atau seekor lembu misalnya dikongsi sehingga tujuh orang walaupun ada bahagian daripada lembu atau unta itu bukan untuk aqiqah.


Apabila ibu bapa itu tidak mampu membuat aqiqah anaknya, ketika berusia 7 hari, bolehlah diperbuatnya ketika umur anak 14 hari. Kemudiannya ketika umur 21 hari. Jika tidak boleh, maka sunat diperbuatnya hingga anak itu dewasa (baligh).


Apabila anak sudah dewasa, maka ada para ulama’ menetapkan sunat bagi ibu bapa membuat korbannya, tidak membuat aqiqahnya. Menurut satu golongan, jika seorang anak sudah dewasa, tetapi belum dibuat aqiqahnya oleh ibu bapanya, maka sunat baginya membuat aqiqah untuk dirinya sendiri.

Anda berniat untuk melaksanakan ibadah aqiqah untuk insan yang tersayang? Kami disini menjamin akan memberi  khidmat yang terbaik untuk anda.

Hubungi  019-4491170 (Hj.Hilmi) untuk pertanyaan lanjut berkenaan pelaksanaan aqiqah ini.

Artikel menarik yang lain

Ilmiah
syoknyat-admin

Perkara Harus Anda Tahu Tentang Aqiqah Untuk Bayi Anda

Perkara Harus Anda Tahu Tentang Aqiqah Untuk Bayi Anda Aqiqah adalah sunnah yang harus dilakukan setelah lahir anak anda dengan mengorbankan haiwan. Ini adalah salah satu sunnah yang wajib dilakukan setelah kelahiran anak. Dengan kata lain, aqiqah seperti sedekah yang kamu berikan.   Sebagaimana hadis dari

Baca lagi »
Ilmiah
syoknyat-admin

APAKAH PROSEDUR & KETETAPAN AQIQAH?

Apakah Prosedur dan Ketetapan Aqiqah? Saya perlu mengetahui prosedur aqiqah. Ibu bapa saya melakukan aqiqah untuk anak saya pada hari ketujuh kelahirannya. Tetapi kekeliruannya ialah kami belum menamakan anak kami. Jadi, saya tertanya-tanya apakah aqiqah ini sah menurut sunnah. Tidakkah kita harus menyebut nama anak (dan

Baca lagi »
Ilmiah
syoknyat-admin

BUAT PINJAMAN UNTUK LAKSANAKAN IBADAH QURBAN?

Membuat Pinjaman Untuk laksanakan Ibadah Qurban Adakah wajib mengambil pinjaman untuk membuat ibadah qurban? Segala puji bagi Allah.   Oleh kerana ibadah qurban ini hukumnya adalah sunnah muakad, jadi tidak perlu mengambil pinjaman untuk membeli binatang qurban, kerana tidak wajib bagi orang yang tidak kaya, menurut

Baca lagi »
Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial