1. Passport antarabangsa dan visa
Passport antarabangsa adalah dokumen paling penting untuk masuk ke negara lain dan ketika kembali ke negara kita sendiri. Bagi yang belum mempunyai passport antarabangsa, anda boleh memohon di mana-mana cawangan Jabatan Imigresen.
Sila semak tarikh luput passport anda sebelum membeli tiket penerbangan. Pastikan passport anda masih ada tempoh sah sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum berangkat ke luar negara nanti. Ada negara-negara tidak membenarkan pelawat masuk ke negara mereka jika tempoh sah passport kurang daripada 6 bulan.
Sesetengah negara memerlukan kita memohon visa terlebih dahulu sebelum tiba ke negara mereka. Lain negara lainlah polisi dan cara-cara memohon visa.
2. Tiket penerbangan
Terbang ke destinasi pelancongan dengan syarikat penerbangan kegemaran anda. Atau pun anda boleh pilih penerbangan tambang murah yang menepati bajet. Anda boleh dapatkan tiket penerbangan melalui syarikat ejen pelancongan atau beli terus secara online.
Sebelum membeli tiket penerbangan, pastikan dulu servis lain yang syarikat penerbangan sediakan seperti makanan dan had bagasi. Anda juga tentu lebih sukakan penerbangan direct flight berbanding penerbangan henti-henti yang memerlukan transit.
3.. Kira perbelanjaan dan tukar matawang
Sebaik-baiknya anda rancang dulu perbelanjaan semasa melancong nanti. Buat kira-kira perbelanjaan makan, pengangkutan, penginapan dan barang-barang yang perlu dibeli. Berbelanja di negara orang kosnya tidak sama dengan di tempat sendiri. Buatlah kajian dahulu
4. Tentukan tempat penginapan, lokasi kunjungan
Sudah tentu anda mahu tempat percutian yang menggembirakan anda nanti. Sama ada tempat penginapan, tempat kunjungan dan keadaan sekelilingnya. Buat kajian dahulu supaya tidak kecewa setelah tiba di sana nanti.
5. Bagasi
Semasa berada di Lapangan Terbang awasi bagasi anda. Pastikan anda tidak meninggalkan bagasi anda sesuka hati. Nanti ada orang masukkan barang terlarang di dalam bagasi anda tanpa disedari.
*jangan biarkan percutian anda menjadi tragedy
6. Kad ATM
Kalau dah bawa kad debit atau kredit, jangan tak aktifkan pula. Alamatnya sia-sia sahajalah. Pastikan anda aktifkan di mesin ATM sebelum berlepas atau rasa curiga dan memang noob terus sahaja ke bank.
Sebenarnya tak susah pun sebab hanya perlu call pihak bank dan maklumkan tarikh kita nak ke luar negara. Selalunya pihak bank akan aktifkan kad kredit atau kad debit kita sehari sebelum kita berlepas dan sehari selepas kita balik ke Malaysia.
7.Dapatkan perlindungan insuran / takaful perjalanan
Akhir sekali, sebelum anda berangkat, segera dapatkan dahulu perlindungan insuran atau takaful perjalanan. Kita tidak tahu apa musibah atau kemalangan yang akan menimpa, kerana malang tidak berbau.
Jika anda sudah memiliki polisi perlindungan, semak dengan syarikat atau ejen insuran anda, adakah polisi yang anda langgan itu boleh digunakan di luar negara dan berapa jumlah perlindungan yang diberikan.
Sesiapa yang berminat untuk travel ke luar negara, kami di Syoknya Travel Sdn Bhd menyediakan peluang untuk anda merealisasikan impian anda. Kami disini menjamin akan memberi khidmat kami adalah yang terbaik untuk anda. Mari kita mengembara sambil mencipta pengalaman berharga!!
Bagi yang berminat boleh menghubungi kami di 019-449 1170 (En. Hilmi)
0