7 RESTORAN HALAL DI KOREA
Nak melancong ke Korea dan mencuba makanan Korea? Tetapi masih ragu-ragu akan STATUS makanan tersebut?
Kini, tidak lagi perlu risau kerana syoknyatravel akan menyenaraikan beberapa restoran halal yang wajib anda cuba.
1. Restoran EID
Terletak di Itaewon, dan menghidangkan makanan tradisional korea yang halal seperti bulgogi. Restoran ini sentiasa menjadi pilihan pelancong kerana berhampiran dengan masjid seoul central.
2. Dosirak Halal – Boa Guesthouse
Menyediakan hidangan dosirak yang halal seperti dosirak jajangmyeon dan terletak di Hongdae, iaitu sebuah kawasan yang sangat popular di Seoul. Restoran ini sentiasa menjadi pilihan pelancong kerana pelancong hanya perlu membuat pesanan di laman facebook mereka, nyatakan waktu ingin mengambil makanan dan alamat penginapan di Seoul. Bukan itu sahaja, restoran ini turut memberi diskaun kepada mereka yang menginap di rumah tumpangan mereka.
3.Restoran makan halal Korean
Dibuka pada awal tahun 2015 dan terkenal dengan makanan korea seperti dakdoritang (ayam berkuah pedas) dan mulnaengmyeon (mi sejuk) ini juga terletak berhampiran masjid seoul central dan berdekatan dengan restoran EID.
4.Restoran Hanjinine, Busan.
Terkenal dengan hidangan kerang bakar dan seafood kerana berdekatan dengan laut pasti menjadi pilihan.
5. Murree Muslim Food – Itaewon
Restoran ini merupakan restoran yang menyediakan menu lengkap tradisional korea dan merupakan restoran halal yang terawal berada di korea sebelum restoran EID dan makan Halal Korea. Walaupun Murree lebih mahal sedikit dibandingkan dengan restoran lain, Banchan di sini boleh ditambah secara percuma!
6. Yooganae
Yooganae terkenal dengan Nasi Goreng Seafood. Istimewanya restoran ini adalah pekerja restoran akan masak nasi goreng di hadapan pelanggan. Lokasi cawangannya ada dua, pertama terletak di Myeongdong berdekatan dengan Uniqlo Main Building dan bersebelahan Shinhan Bank. Kedua di kawasan Hongdae berdekatan kedai fesyen H&M. Beroperasi dari pukul 11 pagi hingga 9 malam. Harga makanan bermula dari 5,500 won.
7. Sindang Tteokpokki Town
Restoran ini paling terkenal menyediakan ‘Rice Cake’ atau Tteokpokki. Keunikannya di sini, Tteokpokki dimakan bersama mi, ramyeon atau ramen. Untuk sampai ke sini mudah saja, keluar exit 8 dari Sindang Station Line 2 atau 6. Jalan terus akan nampak banyak restoran Tteokpokki. Di buka dari pukul 11 pagi sehingga 8 malam sahaja. Harga makan bermula dari 6,000 won seorang.