Jika anda melancong ke KOREA, negara 4 musim ini pastikan anda mengunjungi 6 tempat ini kerana keindahan semulajadi yang unik, ikonik dan menarik yang pasti membuat anda rambang mata.
Kali ini SyoknyaTravel akan membawa anda melihat sendiri keindahan-keindahan tempat yang Wajib dikunjungi jika anda berada di Korea.
1. Namsan Tower
Kalau di Malaysia ada KLCC dan KL Tower, ikon kota Seoul pula adalah Namsan Tower. Namsan Tower merupakan mercu tanda paling terkenal di Seoul. Dengan ketinggian 236.7m, anda boleh melihat panorama kota Seoul secara menyeluruh. Tambahan pula, anda boleh meninggalkan tanda kenangan di dataran ‘Love Locks’nya yang sangat terkenal. Disini Namsan Tower juga ada Muzium Teddy Bear yang mempamerkan anak patung beruang yang menggambarkan kehidupan di Seoul pada masa dahulu dan kini serta berlatar belakangkan bandar terkemuka lain seperti Myeongdong, Insadong dan Dongdaemun.
Waktu Operasi: Isnin – Jumaat & Ahad (10.00am – 11.00pm) | Sabtu (10.00am – 12.00am)
Bayaran: Dewasa 10,000 Won | Kanak-kanak 8,000 Won
Alamat: 105, Namsangongwon-gil, Yongsan-gu, Seoul, South Korea
2. Dongdaemun
Bangunan yang direka oleh arkitek terkenal Zaha Hadid ini telah terpilih sebagai salah satu tempat wajib dikunjungi oleh New York Times. Keunikan rekaannya yang sofistikated ini telah menjadikannya pusat utama bagi acara konvensyen, persembahan, dan pameran. Bukan itu sahaja, LED rose garden yang terdapat di bangunan ini adalah salah satu spot yang paling popular untuk bergambar sama ada waktu siang atau malam oleh pelancong mahupun orang tempatan. Dongdaemun juga terkenal dengan pasar malamnya yang santai dengan pelbagai barangan yang dijual serta aneka street food untuk dicuba.
3. Grevin Museum
Grevin Museum adalah sebuah muzium yang unik yang mesti anda lawati di Korea Selatan. Setiap bahagian di Grevin Museum ini direka dengan tema-tema tertentu yang dapat memberikan anda pengalaman yang cukup realisitik. Menariknya lagi tentang muzium ini adalah kerana pameran di sini juga adalah dalam bentuk yang interaktif. Antaranya, anda dapat bermain bola keranjang dengan Michael Jordan, menghadiri kelas Albert Einstein, berjalan di red carpet yang dikelilingi oleh artis Hollywood serta Korea dan macam-macam lagilah. Pendek cerita, semua yang tak mungkin berlaku dalam hidup sebenar, dapat anda rasai di sini.
Waktu Operasi:
Jan – Jun, Sept – Dis: Ahad – Khamis (9.30am – 7.00pm) | Jumaat, Sabtu (9.30am – 9.00pm)
Julai – Ogos: Isnin – Sabtu (9.30am – 9.00pm) | Ahad (9.30am – 7.00pm)
Bayaran: Dewasa 18,000 Won | Kanak-kanak 15,000 Won | Warga Emas 65 Tahun Keatas 15,000 Won
Alamat: 23, Eulji-ro, Jung-gu, Seoul 04523, South Korea
4. Istana Gyeongbokgung
Anda boleh merasai dan mengetahui sejarah Dinasti Joseon di Istana Gyeongbokgung. Di sini anda boleh mencuba pakaian tradisional Korea iaitu hanbok dan bergambar di sekitar istana. Di istana Gyeongbokgung juga terletaknya Tugu Raja Sejong iaitu raja paling berpengaruh di Korea suatu ketika dahulu dan merupakan tokoh yang memperkenalkan tulisan hangul sebagai tulisan rasmi. Muzium Raja Sejong yang terletak betul-betul di bawah tugunya yang dibina bagi memperingati jasanya terhadap pembangunan Korea. Anda juga boleh mencuba menulis nama sendiri dalam tulisan hangul sebagai kenangan.
5. Hanok Village
Bagi peminat drama korea pasti anda ingin melihat sendiri tempat yang sering digunakan untuk merakamkan drama tersebut. Hanok Village adalah sebuah lokasi terbaik untuk anda menyelami budaya tradisional masyarakat Korea. Sebaik anda menjejakkan kaki, anda akan terasa seperti anda hidup di zaman yang berbeza, mana tidaknya, tiada satu pun rumah di sini yang mengikuti perubahan zaman, beratus-ratus rumah di sekitar Bukchon Hanok Village ini adalah rumah tradisional Korea ataupun digelar hanok.
Alamat: 37, Gyedong-gil, Jongno-gu, Seoul
6. Pulau Nami
Bagi peminat drama Winter Sonata, Pulau Nami adalah tempat yang sesuai dikunjungi kerana pengambaran drama tersebut dilakukan di Pulau Nami. Walaupun terletak lebih 2 jam dari Kota Seoul, Pulau Nami adalah lokasi yang patut anda lawati, terutamanya bagi penggemar keindahan alam semulajadi. Terdapat pelbagai juga aktiviti yang boleh dilakukan oleh seisi keluarga di pulau ini seperti menaiki basikal, buggy, bot pedal atau melakukan sukan air lasak.
Sesiapa yang berminat untuk travel ke luar negara, kami di Syoknya Travel Sdn Bhd menyediakan peluang untuk anda merealisasikan impian anda. Kami disini menjamin akan memberi khidmat kami adalah yang terbaik untuk anda. Mari kita mengembara sambil mencipta pengalaman berharga!!
Bagi yang berminat boleh menghubungi kami di 019-449 1170 (En. Hilmi)
0