Bandar Acheh terkenal dengan peristiwa pahit di mana pada Disember 2004 telah berlakunya Tsunami Besar Acheh yang meberi kesan dan memori yang sangat pilu. Selepas bencana ini bandar Acheh telah membangun semula dan telah menjadi tempat pelancongan yang strategik. Pelancong yang datang ke acheh menyedari bahawa melancong bukan sahaja memberikan kita keseronokkan tapi juga menyedarkan kita akan kekuasaan maha Esa.
Berikut kami senaraikan tempat-tempat menarik yang boleh anda kunjungi ketika melancong ke Bandar Acheh.
1. Muzium Tsunami Acheh
Salah satu tempat menarik di Acheh yang wajib dilawati adalah Muzium Tsunami Acheh. Muzium Tsunami meyimpan pelbagai memori sejarah yang terburuk yang pernah melanda di negara tersebut. Di situ, anda sendiri dapat melihat bagaimana bencana itu dapat memusnahkan hampir keseluruhan Acheh. Selain itu, anda juga boleh merasai dengan pengalaman sendiri perkara yang berlaku dengan melalui lorong tsunami pada tahun 2014. Reka bentuk bangunan Muzium yang dibina seperti ombak dan dikatakan bangunan tersebut adalah tahan daripada gegaran gempa bumi dan akan menjadi tempat perlindungan sekiranya kejadian itu berlaku lagi. Tambahan lagi muzium ini juga adalah merupakan salah satu pusat bagi orang ramai dalam menimba ilmu tentang pengetahuan langkah-langkah awal yang patut dilakukan sekiranya berlaku kejadian ini. Selain itu, terdapat juga muzium yang terbina selepas kejadian tsunami itu seperti “ Boat On The Roof “ bagi memperingati kejadian ini.
2. Masjid Baiturrahahman
Masjid Baiturrahahman adalah merupakan salah satu tempat menarik di Acheh yang harus dilawati bagi yang berkunjung di Acheh. Selain menjadi Mercu Tanda, masjid baiturrahman yang dikatakan tidak musnah semasa berlakunya tsunami tanpa ada sedikit pun kerosakkan, namun disekitarnya sedang hancur musnah. Masjid ini adalah merupakan zaman Kesultanan Acheh yang telah dibina oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam pada tahun 1022 H/ 1612 Masihi. Reka bentuk masjid yang seperti Taj Mahal terletak di ditengah-tengah kota Acheh dan ia adalah merupakan salah satu pusat segala kegiatan Acheh Darusslam. Selain daripada reka bentuk yang menarik terdapat kolam air pancuran di dalamnya seakan-akan Kesultanan Turki Uthamaniah dan ia akan sentiasa membuat kita merasa sejuk ketika berada di dalamnya. Allahuakbar!!! Kuasa Allah mampu melindungi kawasan yang sungguh suci daripada segala bencana.
Acheh juga terkenal dengan kecantikkan pantainya. Pantai Lhoknga terletak 20 kilometer daripada bandar Acheh ia terkenal ombak yang besar dengan ketinggian 1.5 meter- 2 meter dan ia sesuai bagi mereka sangat sukakan sukan air.
4. Pasar Acheh
Selain Bandung, Acheh juga turut dikenali syurga membeli belah seperti Pasar Acheh. Di situ, ia adalah merupakan syurga kain idaman para wanita kerana terdapat pelbagai pakaian, telekung, barang perhiasan rumah, cenderahati yang dijual di situ dengan harga yang amat murah. Kawan saya pernah membeli-belah disana dan dia dengan yakin memberitahu bahawa harga barangan di Pasar Acheh lebih murah dari bandung dan kebanyakan barangan juga diimport ke bandung.
5. Rumah Adat
Antara tarikan tempat menarik di Acheh yang lain adalah Rumah Adat. Rumah adat merupakan salah satu tumpuan bagi para pelancong seperti Rumah Pahlawan wanita Cut nyak dhien. Rumah ini menyimpan pelbagai sejarah dan apay ang unik tentang rumah ini adalah cara pembuatannya yang daripada pohon merbau. Rumah ini terdapat menyimpan banyak gambar tentera dutch yang telah menakhluk Acheh, senjata yang digunakan oleh dhieng, telaga air yang dibina sama tinggi dengan serambi rumah bagi mengelakkan ia di racun.
6. Jacky Chan’s House
Selain itu, kita juga boleh pergi melawat kawasan Jacky Chan’s House. Kawasan tersebut adalah merupakan penempatan semula masyarakat Acheh selepas kejadian tsunami. Penempatan tersebut merupakan hasil sumbangan daripada pelakon Jacky Chan yang telah melabur dalam bentuk wang bagi membina penempatan rumah-rumah dan masjid.
Jom Melancong dan Lawati Tempat Menarik di Acheh
Acheh banyak menyimpan pelbagai sejarah dan tidak dapat dinafikan bahawa sehingga kini sejarah itu masih kekal. Keindahan flora dan fauna juga turut membuktikkan bahawa Acheh sangat mementingkan keindahan alam sekitar.
Sekiranya anda berminat untuk trip ke Acheh boleh hubungi Encik Hilmi 0194491170.