Cu Chi Tunnel adalah tempat lawatan yang popular dan menarik untuk di lawati kalau anda ke Ho Chi Minh City Vietnam.
Cu Chi Tunnel merupakan tempat tinggalan sejarah ketika tercetusnya peperangan antara Vietnam dan Amerika pada tahun 1970-an. Di bina waktu era perang Vietnam (sekitar tahun 1968) oleh pasukan komunis Vietnam (Vietcong). Fungsi Cu Chi Tunnel ini adalah untuk perlindungan dan untuk menyelamatkan diri dari serangan musuh iaitu Amerika Syarikat.
Nama Cu Chi ini sebenarnya di ambil dari nama pokok Cu Chi yang tumbuh di sekitar kawasan ini. Pokok ini jenis pokok beracun yang mana getahnya di gunakan tentera Vietcong sebagai racun jerangkap samar.
Di sana anda akan di terangkan secara ringkas oleh tour guide mengenai sejarah Cu Chi Tunnel, dan di ceritakan kesusahakan dan kepayahan rakyat Vietnam yang terperangkap dengan peperangan dengan Amerika pada ketika itu.
Kemudian dibawa untuk melihat demonstrasi jerangkap samar (booby trap) yang telah di bina tentera Vietcong di sekitar kawasan Cu Chi Tunnel bagi memerangkap musuh.
Melihat kepada kepelbagaian perangkap yang ada, membuktikan yang tentera Vietcong adalah sangat bijak dan licik untuk menumpaskan musuh yang mereka hadapi pada waktu tu
Lubang kecil Ini adalah tempat di mana tentera Vietcong dan rakyat Vietnam yang tinggal di dalam terowong Cu Chi menyorok dan untuk menyerang hendap musuh. Lubang ini bukan sahaja sebagai tempat bersembunyi, ia juga adalah antara laluan masuk ke centre Cu Chi Tunnel.
Untuk pengetahuan anda, tentera amerika telah melatih askar muda seusia 16-18 tahun (sebab saiz badan mereka masih kecil) untuk masuk ke dalam terowong ini bagi memusnahkan bunker Vietchong. Askar ini di panggil tunnel rats.
Anda akan di beri peluang untuk masuk ke dalam terowong Cu Chi. Terowong ini panjangnya 100 meter. Setiap 20 meter ada laluan keluar. Jadi kalau tak larat untuk teruskan sampai penamat, ada laluan keluar disediakan
Selepas penat merangkak ke dalam terowong Cu Chi,and akan di beri maka Sweet Potatoes ‘berlaukkan’ gula dan kacang tanah. Ini adalah makanan utama Vietcong ketika di dalam Cu Chi Tunnel
Wow. Sangat menarik aktiviti yang boleh dilakukan di Chu Chi Tunnel ini dan banyak juga sejarah di Vietnam yang menarik boleh diketahui disini. Jadi sangat berbaloi jika melancong disana sambil melihat dan merasa sendiri pengalaman sejarah negara ini. Jadi apa tunggu lagi. Jom melancong bersama syoknyatravel.
Kami di Syoknya Travel Sdn Bhd menyediakan peluang untuk anda merealisasikan impian anda. Kami disini menjamin akan memberi khidmat kami adalah yang terbaik untuk anda. Mari kita mengembara sambil mencipta pengalaman berharga!!
Hubungi 0194491170 untuk pertanyaan lanjut berkenaan pakej yang disediakan atau layari www.syoknyatravel.com sekarang!!
0