Jika anda beringinan untuk berkunjung ke Kota Aceh, salah satu tempat bersejarah yang wajib anda lawati adalah Musium Aceh yang terletak di Jalan Alauddin Mahmud Syah. Musium ini menyimpan pelbagai barang-barang peninggalan sejarah Aceh yang telah berabad-abad lamanya. Salah satunya adalah Lonceng Cakra Donya.
Lonceng Cakra Donya merupakan benda bersejarah yang kini merupakan salah satu koleksi Museum Aceh. Lonceng yang masih kukuh berdiri yang memiliki ketinggian 1.25 meter dan berdiameter 1 meter, dibahagian luarnya memilikan hiasan dan beberapa tulisan arab dan china.
Tulisan china yang terdapat dibahagian luar loceng yang dibaca sebagai Sing Fang Niat Tong Juut Kat Yat Tjo yang membawa maksud “Sultan Sing Fa yang telah dituang dalam bulan 12 dari tahun ke 5”. Sementara bagi tulisan arab pula tidak dapat dibaca kerana tulisannya telah kabur dimamah usia.
Sejarah mencatat, hubungan baik dua kerajaan Islam, antara Aceh dan China, lonceng tersebut sebagai buktinya. Laksamana Cheng Ho yang pada itu mengunjungi Nusantara selama tujuh kali. Pada kunjungan keempatnya, tahun 1414 M, dia telah memberi sebuah lonceng raksasa kepada Sultan di kerajaan Samudra Pasai (wilayah Aceh Utara saat ini ) sebagai hadiah dari Kaisar penguasa China. Lonceng berbentuk stupa ini, dibuat pada 1409 M.
Pada masa Kesultanan Aceh, dibawah Sultan Iskandar Muda (1607-1636), lonceng tersebut kerap digunakan dalam Kapal Perang Kesultanan Aceh. Jadi pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk melihat lonceng yang banyak sejarahnya yang tersendiri.
Jika anda berminat untuk melancong ke Acheh.
Kami di Syoknya Travel Sdn Bhd menyediakan peluang untuk anda merealisasikan impian anda. Kami disini menjamin akan memberi khidmat kami adalah yang terbaik untuk anda. Mari kita mengembara sambil mencipta pengalaman berharga!!
Hubungi 0194491170 untuk pertanyaan lanjut berkenaan pakej yang disediakan atau layari www.syoknyatravel.com sekarang!!
0