7 Tips untuk ke Langkawi

1) Transport ke Langkawi

Pelancong boleh memilih sama ada;

  • Menaiki penerbangan
  • Menaiki feri penumpang
  • menaiki feri Roro – bawa kereta ke langkawi
  • Menaiki bas KL – Langkawi (tbs- Kuala Perlis)
  • Jika memilih untuk menaiki penerbangan, pilihan penerbangan yang ada ialah MAS, AIR ASIA, MALINDO dan FIREFLY. penerbangan mengambil masa selama 1 jam dari KLIA dan KLIA2 dan Subang Airport.
  • Jika memilih untuk menaiki feri penumpang, anda boleh menaiki daripada Kuala perlis atau Kuala Kedah untuk ke Langkawi. Sesampai sahaja di jeti kuah Langawi, anda disarankan untuk terus beli tiket untuk pulang untuk mengelakkan kehabisan tiket.
  • Jika memilih Feri roro, feri kenderaan ini mengambil masa 2 jam 30 minit untuk satu perjalanan.

2) Masa yang sesuai

Elakkan ke Langkawi pada musim hujan kerana banyak aktiviti akan tergendala seperti Island Hoping, Mangrove cruise dan cable car. Semasa cuti sekolah dan cuti umum juga pengunjung sangat ramai di sini.

3) Pilih Hotel di Pantai Cenang/Pekan Kuah

Penginapan di hotel sekitar sini pantainya agak cantik dan pemandangannya agak mempersonakan terutamanya ketika matahari terbenam. Kebanyakkan pelancong akan memilih untuk menginap di hotel sekitar sini kerana pemandangannya yang menarik 

4) Kereta Sewa di Langkawi
Syarikat Kereta sewa banyak terdapat di Langkawi. Pelancong boleh menempah secara online atau melalui telefon. Di airport dan di jeti juga ada kaunter-kaunter yang menawarkar perkhidmatan kereta sewa.

5) Tempat Menarik di Langkawi
Langkawi ni memang tempat tumpuan pengunjung dalam dan luar negeri. Apabila ke sini jangan lupa ke Panaromic Langkawi ( Sky Cab ). Kalau ada keberanian, boleh berjalan di jambatan gantung di puncak itu nanti. Antara tarikan lain di Langkawi yang menjadi tumpuan pengunjung adalah 3D Art Museum. Tetapi, jika anda ke Langkawi pada waktu cuti sekolah, hendak bergambar dengan kreativiti agak susah kerana ramai pegunjung dan masing-masing tunggu turn nak bergambar.

6) Shopping di Langkawi

Langkawi juga terkenal sebagai Pulau Bebas Cukai. Pelbagai barangan di sini bebas cukai dan lebih murah dari tanah besar. Antara barangan yang selalu dibeli adalah set pinggan mangkuk, coklat, kain batik/pelikat, minyak gamat dan rokok. Kedai bebas cukai terdapat di Pekan Kuah. Kedai yang biasa menjadi tumpuan adalah Haji Ismail Group, RAMS, Idaman Suri.

7) Beri makanan kepada haiwan

Jangan memberi makan kepada kera kera yang dijumpai banyak di bahu jalan terutama sekali berhampiran kawasan Pantai Kok. ia akan menyebabkan kekotoran di kawasan itu. Selain itu, pelancong tidak terlalu digalakkan untuk memberi makan burung burung helang ketika menyertai aktiviti eagle feeding kerana aktiviti ini boleh menyebabkan burung-burung terlalu bergantung harap kepada makanan yang disediakan oleh manusia dan hilang deria naturalnya ataupun minat

ARTIKEL-ARTIKEL MENARIK

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial