DESTINASI ALAM SEMULAJADI POPULAR DI LOMBOK, INDONESIA

Kalau kita perhatikan, Lombok telah mendapat tempat dihati pelancong tidak kira pelancong Malaysia mahupun pelancong negara lain. Apa yang bestnya di Lombok ya? Kalau nak tahu Lombok kaya dengan kecantikan alam semulajadinya, terutama sekali pantai-pantai di Lombok. Ha okay disini kami nak kongsikan kepada anda 7 destinasi alam semulajadi popular di Lombok. Jom kita lihat!

1. Pantai Kuta

Berlokasi di Desa Kuta di Lombok Tengah, pantai indah ini kerap menjadi salah satu kunjungan pertama bagi pengunjung yang baru tiba di Bandara Internasional Lombok Airport. Pantai ini menawarkan pasir yang halus serta lembut, bunyi ombak yang menenangkan, dan pemandangan bawah laut yang jernih serta indah.


Aktiviti yang dicadangkan di Pantai Kuta adalah snorkelling, bermain papan luncur (surfing) menyewa perahu, berenang, atau hanya sekadar bermain air sambil menanti matahari terbenam. Tempat pelancongan di Lombok ini dikelilingi kemudahan yang cukup lengkap, seperti homestay, tempat menyewa papan luncur dan alatan kelengkapan snorkeling, serta kedai makan yang sedap!


Waktu yang sesuai untuk pengunjung datang antara pukul 9 pagi dan 3 petang untuk menikmati suasana serta ombak yang baik. Jika ingin melihat matahari terbenam, datanglah sekitar pukul 4 atau 5 petang untuk menikmati suasana petang yang nyaman di Pantai Kuta.

Kuta Beach

Kuta, Pujut, Central Lombok Regency, West Nusa Tenggara 83573, Indonesia

Dibuka setiap hari

8:00 am – 5:00 pm

Sudah termasuk dalam pakej

2. Pantai Tanjung Aan

Lokasi Pantai Tanjung Aan terletak sangat dekat dengan Pantai Kuta iaitu sekitar 3 kilometer dari Tanjung Aan, kedua-dua pantai ini boleh dikunjungi dalam masa sehari! Pantai ini juga menawarkan pasir yang selesa dipijak, ombak yang sedap didengar, air pantai yang jernih serta menenangkan sesiapa sahaja yang datang.


Aktiviti yang boleh dilakukan di pantai ini adalah sama seperti di Pantai Kuta iaitu aktiviti bermandi-manda, snorkelling, bermain papan luncur, atau hanya mahu mangambil gambar. Lebih menarik lagi, pantai ini adalah Instagram-friendly. Sesuai untuk kaki fotografi dan kaki sosial media kerana mempunyai banyak sudut yang cantik untuk mengambil gambar dan menghasilkan gambar yang sempurna.


Ramai juga penduduk tempatan yang membuat perkhidmatan menyewakan kelengkapan snorkelling dan membuka restoran tempatan (warung) serta duduk di atas kerusi buluh untuk menjamu selera sambil melihat pemandangan pantai yang indah. Pada bulan Februari dan Mac, tempat pelancongan di Lombok ini kerap menjadi salah satu lokasi Festival Bau Nyale, selain Pantai Kuta dan sekitarnya.

Tanjung Aan Beach

West Nusa Tenggara, Indonesia

Dibuka setiap hari

24 jam

Sudah termasuk dalam pakej

3. Pulau Gili (Gili Terawangan, Gili Air & Gili Meno)

Lombok mempunyai pulau-pulau kecil (gili), namun hanya tiga sahaja yang paling terkenal iaitu Gili Trawangan, Gili Air, dan Gili Meno. Ketiga-tiga gili ini mempunyai lokasi yang berdekatan dan dijadikan tumpuan pelancongan. Gili Trawangan adalah gili yang terbesar, sedangkan Gili Meno adalah yang paling kecil.


Aktiviti paling popular adalah snorkelling! Pengunjung boleh berenang dan menjelajah laut yang dihiasi dengan berbagai jenis ikan berwarna-warni , penyu dan terumbu karang yang berwarna-warni juga. Pelancong juga boleh menikmati pemandangan pantai, minum di kedai pinggir pantai, atau menyewa basikal di situ. Gili Trawangan juga kerap menjadi lokasi pesta pinggir pantai.

Pulau Gili

Gili Indah, Pemenang, Kabupaten Lombok Utara, Nusa Tenggara Bar.

Dibuka setiap hari

24 jam

Sudah termasuk dalam pakej

4. Bukit Malimbu

Bukit Malimbu adalah tempat yang sangat sesuai untuk melihat matahari terbenam, kerana tempat ini memberi pemandangan yang istimewa dan tidak dapat dijumpai di tempat lain untuk melihat matahari terbenam.


Apa yang menjadikan Bukit Malimbu tempat terbaik untuk melihat matahari terbenam ketika bercuti di Lombok? Apabila langit cerah, pengunjung dapat menikmati matahari terbenam dan pada masa yang sama dapat melihat Gili Trawangan dan Gili Meno, dua dari tiga Gili yang paling popular di Lombok.


Bukit Malimbu adalah tempat yang sempurna untuk mengakhiri pengembaraan Lombok dalam sehari. Selepas melawat beberapa tempat yang dekat dengan Bukit Malimbu seperti Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air, menonton matahari terbenam di Bukit Malimbu adalah penghujung yang sempurna. Waktu yang sesuai adalah dalam lingkuangan jam 4-5 petang.

Malimbu Hill

Malaka, Pemenang, North Lombok Regency, West Nusa Tenggara, Indonesia

Dibuka setiap hari

24 jam

Sudah termasuk dalam pakej

5. Hutan Kera Pusuk

Jika berada di Puncak Hutan Pusuk, pelancong mungkin akan bertemu dengan kera hutan pusuk. Mereka berkumpul untuk menunggu diberi makan oleh para pelancong yang lalu disitu. Ramai pelancong yang memang akan lalu daerah ini untuk bermain-main dengan para kera ini, sekaligus memberi makanan dan mengambil gambar kenangan.


Bukan itu sahaja, suasana Hutan Pusuk juga memberikan udara yang sejuk, nyaman dan tenang. Hutan Pusuk Lombok ini boleh menjadi pilihan pelancong untuk dapat berinteraksi dengan kera di tempat tersebut.


Setelah memberi makan kera, pelancong juga boleh mengisi perut mereka dengan mencuba makanan ringan yang dijual di kedai-kedai kecil di sekitar Hutan Pusuk. Kawasan kedai ini juga dikenal dengan sebutan Pasar Kuliner Pusuk Pass. Pelancong boleh mencuba pelbagai hidangan penduduk asal Lombok.

Baun Pusuk Hawa Rinjani Adventure Tours

Jl. Raya Mataram – Tj., Malaka, Pemenang, Kabupaten Lombok Utara, Nusa Tenggara Bar. 83355, Indonesia

Dibuka setiap hari

8:30 am – 4:30 am

Sudah termasuk dalam pakej

6. Pink Beach (Pantai Merah Jambu)

Pantai pasir merah jambu atau Pink Beach adalah pantai yang sesuai untuk berehat sambil baring di pantai dan melakukan snorkelling. Pantai pasir merah jambu boleh dikunjungi apabila sebelum matahari terbenam membuatkan warna merah jambu dari pasir di pantai tersebut muncul dengan sangat cantik. Gelombang ombak di pantai ini pula hampir tidak wujud, dan ianya menenangkan. Pengunjung boleh menyewa dan duduk di atas bot sambil menikmati keindahan terumbu karang.


Pantai pasir merah jambu juga boleh dianggap sebagai pesta lawatan menyelam sehari. Pengunjung boleh melakukan aktiviti snorkelling dan melihat terumbu karang yang berwarna-warni dan indah kejadiannya serta pelbagai spesis ikan. Tempat ini adalah tempat yang baik untuk bersantai merehatkan minda dan mencuba untuk menyelam bersama rakan-rakan atau keluarga.

 

Sedikit tips untuk mengesyorkan agar pengunjung tidak menggunakan motorsikal untuk ke pantai ini kerana ia mengambil akan masa yang sangat lama dan jalannya tidak elok untuk menunggang. Ia boleh mempengaruhi kesihatan dan keselamatan

Pink Beach

Sekaroh, Jerowaru, East Lombok Regency, West Nusa Tenggara 83672, Indonesia

Dibuka setiap hari

8:30 am – 5 :00 pm

Sudah termasuk dalam pakej

7. Rumah Tradisional Perkampungan Sade

Salah satu khazanah kebudayaan tradisi yang terdapat di Pulau Lombok ialah perkampuangan Sade atau Desa Sade, iaitu Desa Tradisional Sasak (suku kaum asli dari Pulau Lombok). Ia merupakan sebuah kampung Sasak asli yang masih mengekalkan dan mempertahankan keaslian budaya Sasak lama.


Apa yang istimewa tentang rumah Desa Sade ini ialah, rumah diperbuat dari kayu dengan dinding yang diperbuat dari anyaman buluh dan beratapkan daun alang-alang kering. Lantainya pula ini adalah campuran tanah, getah pokok dan abu jerami yang kemudian disapu rata dengan kotoran kerbau. Namun, tiada langsung bau busuk kotoran kerbau muncul dan rumah suku Sasak ini tahan gempa. Ketika rumah-rumah di kawasan ini rosak akibat gempa kuat, rumah di Desa Sade masih berdiri utuh, hebat bukan?!


Desa Sade ini menjalani aktiviti menenun kain, jadi tidak hairan la kalau sepanjang jalan di desa ini ada banyak penjual kain tenunan asli. Seperti kain tenunan biasa lain, kain tenunan desa Sade juga mempunyai ciri-ciri yang berbeza dari kain tenunan di kawasan lain. Ciri yang paling menarik adalah dari segi motif dan mutu kerja yang masih sangat tradisional dan kemas. Pengunjung boleh melakukan aktiviti belajar menenun dengan penduduk tempatan di Desa Sade dan boleh juga membeli kain tenun yang sudah siap. Satu lagi keunikan yang boleh para pengunjung lihat semasa melawat Desa Sade ialah tarian khas mereka. Untuk melihat tarian, biasanya diadakan hanya pada waktu tertentu.


Bukan itu sahaja, dalam persembahan tarian juga pengunjung boleh melihat alat muzik tradisional mereka di Pulau Lombok.
Keistimewaan terakhir Desa Sade yang menjadikan ramai pengunjung selesa untuk berada di sini adalah suasana kampung dan kebijaksanaan penduduknya. Dengan berpegang pada budaya, penduduk di sini sangat mesra kepada pengunjung. Bukan itu sahaja, dengan suasana kampung, pengunjung juga dapat menikmati suasana kehidupan di Desa Sade pada masa dahulu. 

 

Sade Village

Rembitan, Pujut, Central Lombok Regency, West Nusa Tenggara 83573, Indonesia

Dibuka setiap hari

24 jam

Sudah termasuk dalam pakej

Menarik bukan tempat-tempat yang kami kongsikan di atas tadi? Menghayati dan mempelajari budaya masyarakat di tempat negara lain dapat meningkatkan pengetahuan dan motivasi diri. Jadi sangat berbaloi jika melancong disana sambil melihat dan merasa sendiri pengalaman sejarah negara tersebut. Jadi apa tunggu lagi? Jom melancong bersama SyokNya Travel.

 

Kami di Syoknya Travel Sdn Bhd menyediakan peluang untuk anda merealisasikan impian anda. Kami disini menjamin akan memberi  khidmat kami adalah yang terbaik untuk anda. Mari kita mengembara sambil mencipta pengalaman berharga!

 

Hubungi  0194491170 (Encik. Hilmi) untuk pertanyaan lanjut berkenaan pakej yang disediakan atau klik pakej Lombok, Indonesia dibawah ini sekarang!

Pakej Lombok, Indonesia

Pakej 3 hari 2 malam dengan harga bermula RM570 seorang!
MENARIK!

Artikel menarik yang lain

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial