7 PERKARA MENAKJUBKAN YANG HARUS DILAKUKAN DI MALDIVES

Sebagai salah satu destinasi pantai yang paling dicari di dunia, Maldives menawarkan banyak peluang sukan air yang terletak di antara Lautan Hindi dan Laut Arab. Negara pulau ini mempunyai lebih banyak laut daripada tanah.  Perairan kristal di pantai Maldives dianggap sesuai untuk pelbagai aktiviti berkaitan air seperti snorkelling, selam skuba, memancing, jet ski dan banyak lagi. Melayari pulau Maldives dengan irama gelombang laut akan membuatkan seakan berada di syurga alam semulajadi. Jom kita lihat aktiviti lain yang boleh dilakukan di Maldives ini!

1. Pulau Maafushi

Maafushi adalah salah satu pulau tempatan terbesar dan paling popular di Maldives. Ia terletak di Atol Male Selatan hanya 27 km dari Male. 2700 orang tinggal di pulau itu. Sungguh mengagumkan bagaimana begitu ramai orang boleh hidup di sebidang tanah yang kecil ini, tetapi seperti di pulau lain, anda tidak akan merasakan tempat itu sesak.


Kawasan pantai di Maafushi terdapat satu bahagian yang dikelilingi oleh pagar, dan terdapat beberapa restoran, pusat menyelam dan hotel. Oleh kerana bilangan pelancong yang ramai, pantai  Maafushi ini masih boleh menampung orang yang ramai. Pengunjung perlu cuba aktiviti selam skuba sekurang-kurangnya sekali. Ia akan menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan! Selain taman terumbu karang, ada bangkai kapal juga di dalam laut itu tetapi hanya penyelam yang professional sahaja boleh sampai di sana.

 

Di Maafushi pengunjung boleh mencuba apa-apa jenis sukan air seperti kitesurfing, luncur angin, ski air, jet ski dan banyak lagi. Pengunjung juga boleh memancing, yang bagusnya ialah apabila mereka pengunjung diberikan alatan memancing yang lengkap.

2. Banana Reef & Turtle Reef

Banana Reef (terumbu pisang) di Atol Male Utara adalah tapak menyelam pertama yang ditemui di Maldives terus menjadi salah satu kunjungan yang paling popular. Menariknya adalah terumbu ini terbentuk seperti pisang, maka ia dipanggil terumbu pisang. Pembentukan karang disini berwarna-warni dan sempurna, ada pelbagai jenis ikan, termasuk squirrelfish, bannerfish dan sweetlips oriental.


Selain itu, pengunjung juga tidak boleh meninggalkan Maldives tanpa cuba untuk mengalami pertemuan yang menakjubkan dengan penyu! Berenang bersama dan pada masa yang sama menikmati terumbu karang yang indah dan ikan pelbagai spesies. Kawasan ini adalah tempat pembiakan penyu-penyu Hawksbill sehingga anda berpeluang untuk melihat banyak penyu disana. Penyu di sana cukup santai kerana ia adalah kawasan rumah mereka, mereka tidak merasa terancam oleh pengunjung. Jadi pengunjung boleh berjumpa dengan penyu tersebut di depan mata mereka sendiri.

3. Dolphin Cruise

Ikan comel, iaitu ikan lumba-lumba! Salah satu destinasi utama di dunia untuk melihat mamalia marin liar di Maldives. Mereka menyatakan terdapat 20 spesies ikan lumba-lumba dan paus yang berenang di perairan lautan sekitarnya.


Pengunjung boleh duduk di atas kapal tepat sebelum matahari terbenam dan mereka akan melihat ikan lumba-lumba berenang dan melompat keluar dari air. Ikan lumba-lumba membuat pelbagai aksi akrobatik untuk menghiburkan pengunjung. Pengunjung juga boleh melihat ikan lumba-lumba striped, lumba-lumba bottlenose, ikan paus sperma raksasa dan paus pembunuh berenang melepasi kapal pengunjung.


Lihat lah ikan lumba-lumba bermain di persekitaran semula jadi mereka dari keselesaan kapal mewah! Kegembiraan dalam keajaiban alam semula jadi menjadi tarikan paling utama buat para pengunjung. 

4. Sandbank

Makan di Sandbank di Baros Maldives menawarkan pengalaman yang paling romantis buat pasangan berdua dengan makanan yang indah yang disajikan di thila (sandbank) yang kecil dan terpencil di tengah-tengah Lautan Hindi. Untuk keluarga juga sesuai kerana Sandbank ini boleh memuatkan ramai pengunjung juga.


Tidak pernah berhenti memukau sifat Sandbank ini kerana kawasan ini sering tenggelam oleh air pasang surut tetapi bergantung kepada keadaan semula jadi untuk menampakkan kembali Sandbank itu.


Pengunjung juga boleh berjemur di bawah sinar matahari sambil berlatarbelakangkan bunyi-bunyi gelombang pantai yang merdu dan pasir pantai yang sangat halus dan lembut. Nikmati makan siang yang lazat di pantai atau berkelah di pantai di bawah khemah yang elegan. Apa sahaja yang pengunjung mahu lakukan, sandbanks adalah lawatan yang tidak boleh dilepaskan.

5. Memancing di Waktu Malam

Rasailah memancing beberapa ikan di waktu malam di bawah langit Maldives yang memukau. Seni yang dilakukan oleh penduduk setempat untuk generasi, kini menarik pelancong yang ingin tahu dan yang ingin mengambil bahagian dalam pengembaraan itu sendiri. Memancing bersama keluarga adalah suatu yang ideal dan malam tersebut bakal menjadi malam yang mengasyikkan kerana mungkin membawa beberapa ikan untuk dijadikan makan malam yang lazat!


Ini adalah salah satu lawatan terbaik di Maldives di mana pengunjung mendapat kepuasan dengan tangkapan yang besar sambil juga menikmati pemandangan memancing pada waktu malam. Memancing malam biasanya bermula selepas 6 petang. Snappers, emperors, barracuda, squirrelfish, dan bicu adalah yang terbaik untuk ditangkap pada waktu malam. Pengunjung boleh mengambil bot laju, kapal persiaran peribadi atau dhoni tradisional untuk mulakan aktiviti memancing mereka. Pengunjung tidak perlu menjadi nelayan pakar, apa yang pengunjung perlukan adalah untuk menikmati pengalaman yang lengkap. Lebih bagus untuk pergi dengan bantuan pemancing yang berpengalaman

6. Lawatan Ke Pulau-pulau Tempatan

Ini adalah pilihan untuk para pengunjung sama ada mahu melawat pulau-pulau kecil terbaik di Maldives atau tidak. Jika sudah tiba di sini apa salahnya bukan? Sekali sekala untuk melihat pulau-pulau yang menarik disini.

 
Jika pengunjung berasa untuk menjadi lebih aktif dan mahu meneroka persekitaran disini, lawatan pulau-pulau tempatan Maldives ini adalah yang terbaik. Jangan risau, penduduk tempatan juga berbesar hari menerima kunjungan para pengunjung.
Pengunjung juga boleh menyewa bot sendiri dan pergi di antara pulau-pulau kecil di sekeliling.


Berikut adalah enam pulau tempatan yang indah yang patut dilawati, yang memberikan gambaran ke dalam kehidupan Maldives yang sebenar:

  • Hithadoo Island District, Addu Atoll
  • Hinmafushi (Himmafushi), Kaafu Atoll
  • Huraa, Kaafu Atoll
  • Gan Island, Lanuu Atoll
  • Thulusdhoo, Kaafu Atoll 

7. Melawat Bandar Besar

Dengan ramai pengunjung dan aktiviti di Maldives ini, ibu kota, Male, menawarkan pemandangan ke dalam budaya dan kehidupan dalam negeri Maldives. Pastikan untuk mengunjungi Masjid Agung Jumaat di ‘jantung’ ibukota.


Untuk mengintip ke dalam kehidupan seharian, pengunjung boleh pergi ke salah satu pasar utama di tepi pantai utara, yang dipenuhi dengan rempah-rempah aromatik, kraf tangan, sayuran segar, buah-buahan dan banyak lagi.


Kekal la sehingga lewat petang untuk melihat nelayan menghantar tangkapan harian mereka ke pasar ikan dan tempat-tempat semasa di sepanjang tepi pantai. Pasti anda akan sukakannya kerana bila lagi nak melihat cara nelayan masyarakat luar kan?

Menarik bukan tempat-tempat yang kami kongsikan di atas tadi? Menghayati dan mempelajari budaya masyarakat di tempat negara lain dapat meningkatkan pengetahuan dan motivasi diri. Jadi sangat berbaloi jika melancong disana sambil melihat dan merasa sendiri pengalaman sejarah negara tersebut. Jadi apa tunggu lagi? Jom melancong bersama SyokNya Travel.

 

Kami di Syoknya Travel Sdn Bhd menyediakan peluang untuk anda merealisasikan impian anda. Kami disini menjamin akan memberi  khidmat kami adalah yang terbaik untuk anda. Mari kita mengembara sambil mencipta pengalaman berharga!

 

Hubungi  0194491170 (Encik. Hilmi) untuk pertanyaan lanjut berkenaan pakej yang disediakan atau klik pakej Maldives dibawah ini sekarang!

Pakej Maldives

Pakej 4 hari 3 malam dengan harga bermula RM1,540 seorang!
MENARIK!

Artikel menarik yang lain

Wordpress Social Share Plugin powered by Ultimatelysocial