Waktu yang afdal melaksanakan aqiqah ialah hari ke-7 kelahiran. Hal ini sepertimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Setiap kelahiran bayi itu tertebus dengan aqiqahnya yang disempurnakan (sembelihan) untuknya pada hari ke-7 dan dicukur rambutnya serta diberikan namanya” (HR. Abu Daud no. 2838, An Nasai no. 4220, Ibnu Majah no. 3165, Ahmad 5/12)
Tetapi, jika sudah terlepas thari ketujuh, tiada masalah untuk membuat aqiqah di hari yang lain. Hukumnya tetap sama iaitu sunnah muakkad, apabila dibuat, mendapat pahala yang besar disisi Allah.